Monday, 10 December 2012

Survival Camp 2012


16hb Mac, 2012 (Jumaat)
Beberapa orang AJK Perkhemahan Ikhtiar Diri (Survival Camp) ; Za’im, Syabirin, Noor Ellis, Khalisah, Didik, dan Asiyah telah membuat persediaan 2 hari lebih awal sebelum hari pembukaan perkhemahan. Perkara yang telah dibuat pada hari tersebut adalah memastikan kawasan telah ditanda dengan tali keselamatan dan juga membincangkan serba sedikit mengenai aktiviti-aktiviti yang bakal dilakukan oleh peserta.

Gambar.1 
Berfikir !!!

17hb Mac, 2012 (Sabtu)
Ahli Jawatankuasa Perkhemahan semakin bertambah pada hari ini di mana fokus utama bagi AJK-AJK yang ada pada masa ini adalah meneliti semula perkara-perkara yang wajib diutamakan seperti aspek keselematan, kebersihan, dan juga kawasan-kawasan yang digunapakai. Para AJK juga membuat persediaan rapi mengenai kemasukkan dan juga pendaftaran para peserta dengan menyediakan borang-borang peserta dengan lebih teratur.

18hb Mac, 2012 (Ahad)
Para AJK yang bertugas sebagai urusetia pada hari ini adalah Hafizam, Didik dan juga Asiyah. Mereka bertindak sebagai AJK yang mengendalikan segala kemasukan dan juga pendaftaran para peserta untuk hari ini dari jam 7 pagi hingga 5 petang. Segala barang-barang yang dibawa oleh peserta seperti telefon bimbit dan rokok telah berjaya dirampas. Antara peserta-peserta yang mengikuti perkhemahan ini adalah belia-belia dari daerah Tutong, Belia Kampong Keriam, Persatuan Pengakap Kampong Keriam dan juga Pengakap Sekolah Menengah Rimba 2.

Dalam lingkungan jam 4 petang semua peserta dijangka telah mendaftarkan diri dan memulakan sesi pertama mereka iaitu Membaca Peta (Kompas) yang telah dikendalikan oleh Skipper Hj Hasnan yang bertempat di Tapak Perkumpulan Survival Camp (Headquarter 2).  Sessi ini berlangsung selama 2 jam. Antara tujuan sesi ini diadakan adalah untuk memberi pengetahuan asas kepada para peserta untuk lebih mahir baik secara teori mahupun praktikal di dalam ilmu peta.

Tepat jam 6 petang, acara penurunan bendera Negara Brunei Darussalam yang dikendalikan oleh AJK perkhemahan. Semua AJK dan peserta diminta supaya berdiri tegak untuk sama-sama menghormati bendera negara. Kemudian aktiviti bersurai dan para peserta diberi peringatan agar dapat bersedia jam 7.15 malam untuk bergerak ke Headquarter 1.

Pada jam 8 malam peserta mengikuti Sesi Teori Radio Amatur yang dikendalikan oleh Skipper Khairil Anuar dengan menggunakan Frekuensi V84 CDT 74. Di sini para peserta belajar bagaimana cara-cara berhubung melalui radio dengan rakan-rakan di dalam dan luar daerah. Segala kod-kod dari abjad A-Z juga mereka telah pelajari.

 Gambar.2
Para pemimpin pengakap menerangkan ilmu tentang Radio Amatuer

Gambar.3
Para peserta mendengar taklimat berkenaan dengan Radio Amatuer

A-    Alpha
G- Golf
M- Mike
S- Sierra
Y- Yankee
B-    Bravo
H- Hotel
N- November
T- Tango
Z- Zulu
C-    Charlie
I- India
O- Oscar
U- Uniform

D-   Delta
J- Juliet
P- Papa
V- Victor

E-    Echo
K- Kilo
Q- Quebec
W- Whiskey

F-    Foxtrot
L- Lima
R- Romeo
X- X-ray

 Rajah.1 Kod-kod Abjad di dalam Radio Amatuer

Selesai jam 9.30 malam, sejam setengah lebih awal maka adanya masa terluang sesi suai kenal atau ICEBREAKING telah dibuat oleh para AJK untuk berkenalan dengan lebih dekat bersama para peserta perkhemahan. Aktiviti ini dikendalikan sepenuhnya oleh Ahli-Ahli Pengakap Kelana Persatuan Pengakap Daerah Tutong 2020. Sebagai tambahan Pengerusi Perkhemahan (Za’im) memberikan penerangan mengenai peraturan-peraturan dan penjadualan perkehmahan kepada para peserta.

Pembahagian Kumpulan dan Pembimbing juga telah dibuat dengan menggunakan 7 puak Melayu yang ada di Negara Brunei Darussalam; Melayu Brunei, Tutong, Belait, Dusun, Bisaya, Murut, dan Kedayan.

PEMBIMBING
NAMA KUMPULAN
Haziq
Dusun
Anis
Bisaya
Rabi’atul ‘Adawiyah Zunnurain Hj Terudin
Murut
Armi
Belait
Asiyah Ali
Kedayan
Norhafiezam Jamil
Brunei
Zizi Irena Roslan
Tutong
Rajah.2 Nama Pembimbing dan Kumpulan

Pembahagian patrol dan tugas-tugas kumpulan juga telah dibuat pada malam ini. Setiap kumpulan akan bertugas mengikut jadual yang telah ditetapkan iaitu bermula pada malam ini sehingga tamat perkhemahan. Waktu yang telah dipilih untuk para peserta bertugas adalah di antara jam 6 petang hingga 7 pagi (setiap hari). Para peserta juga diperhatikan oleh para AJK yang bertugas pada waktu yang telah ditetapkan.

18hb Mac, 2012 (Hari Pertama)
18 00 – 07 00 hrs
19hb Mac, 2012 (Hari Kedua)
18 00 – 07 00 hrs
Kumpulan Dusun : 18 00 – 20 00
Kumpulan Tutong: 18 00 – 20 00
Kumpulan Bisaya : 20 00 – 22 00
Kumpulan Murut: 20 00 – 22 00
Kumpulan Murut : 22 00 – 00 00
Diperhatikan oleh: Noor Ellis & Khalisah
Kumpulan Brunei : 22 00 – 00 00
Diperhatikan oleh: Asiyah & Armi
Kumpulan Kedayan: 00 00 – 02 00
Diperhatikan oleh: Dudih & Nasruddin
Kumpulan Dusun: 00 00 – 02 00
Diperhatikan oleh: Habibah & Didik
Kumpulan Tutong: 02 00 – 04 00
Diperhatikan oleh: Zulhilmi & Azim
Kumpulan Bisaya: 02 00 – 04 00
Diperhatikan oleh: Hafiezam & Chua
Kumpulan Belait: 04 00 – 05 00
Diperhatikan oleh: Anis & Haziq
Kumpulan Kedayan: 04 00 – 05 00
Diperhatikan oleh: Rabi’atul & Azizi
Kumpulan Brunei: 07 00 (Bendera)
Kumpulan Belait: 07 00 (Bendera)
 Rajah.3 Jadual Patrol Kumpulan dan Pemerhati

Selepas sahaja sesi ICEBREAKING dan pembahagian kumpulan, para peserta balik semula ke khemah masing-masing untuk tidur. Manakala para AJK menghadiri sesi mensyuarat kecil yang dipengerusikan oleh tuan pengerusi perkhemahan mengenai pembahagian aktiviti-aktiviti dan petugas-petugas di setiap Pengkalan untuk esok hari.

Nama-Nama AJK
Pengkalan
Habibah & Didik
Pengkalan 1 - Ikatan
Noor Ellis & Khalisah
Pengkalan 2 – Masakan Hutan
Skipper Pg Ahmad
Pengkalan 3 – Menjerat
Syabirin & Azim Ahanapi
Pengkalan 4 – Khemah Survival
Dudih & Nasruddin
Pengkalan 5 – Api
Azim Rani & Zulhilmi
Pengkalan 6 – Memancing
Skipper Hj Mohammed Ali
Pengkalan 7- Makanan & Ubatan Hutan
 Rajah.4 Tugas-tugas AJK Perkhemahan

Dilaporkan pada malam ini juga bahawa Timbalan Pengerusi perkhemahan Syabirin (Anai) telah mendapat demam panas di mana beliau terpaksa dibawa ke hospital oleh sayang abang alainya iaitu Asiyah.

19hb Mac, 2012 (Isnin)
Peniupan “Wisel Bangun !!” ditiup oleh AJK yang bertugas agar semua AJK dan peserta bangun untuk sesi sarapan pagi dan senaman. Patrol yang bertugas pada jam 7 pagi ini adalah dari patrol Brunei. Laporan yang dibangkitkan di pagi yang hening ini adalah mengenai petukaran tugas di Pengkalan 6 – Memancing di mana Zul Hilmi tidak dapat mengendalikan tugas tersebut dengan alasan bekerja. Oleh itu Azim Rani telah mengambil tugas tersebut dan akan mengendalikan aktiviti dan sesi memancing untuk sesi pagi sahaja.

Gambar.4 
Tapak khemah

Timbalan Pengerusi , Syabirin masih mempunyai masalah kesihatan di mana beliau terpaksa berehat sebentar daripada melakukan tugas-tugas dan dibenarkan untuk pulang. Pembimbing Kumpulan Kedayan iaitu Asiyah terpaksa keluar untuk mendengani Syabirin untuk pergi ke hospital dan tugas beliau telah digantikan oleh Chua Chai Sin.

Sesi Pengkalan bermula pada jam 8 pagi. Semua AJK telah bergerak 15 minit lebih awal dari masa sesi bermula. Headquarter 2 (HQ-2) adalah 0 darjah.


1
Tutong
2
Brunei
3
Kedayan
4
Belait
5
Murut
6
Bisaya
7
Dusun
Ikatan
(240)
1
2
3
4
5
6
7
Masakan Hutan
(280)
2
3
4
5
6
7
1
Jerat
(275)
3
4
5
6
7
1
2
Khemah Survival
(270)
4
5
6
7
1
2
3
Firecraft
(290)
5
6
7
1
1
2
3
Memancing
From XXX
(300)
6
7
1
2
3
4
5
Megumbut
(355)
7
1
2
3
4
5
6
 Rajah 5. Pergerakan Kumpulan & Kedudukan Pengkalan

Setiap Pengkalan mempunyai 45 minit ke satu jam sesi pengajaran dan pembelajaran. Wisel akan dibunyikan jika masa telah tamat. Setiap kumpulan akan melakukan sekurang-kurangnya 4 sesi di waktu pagi dan 3 sesi di waktu petang untuk menjayakan kesemua aktiviti Pengkalan. Pada jam 4.30 petang sesi 7 pengkalan sudah selesai dilakukan oleh kesemua peserta. Sesi seterusnya adalah kawad. Sesi ini telah diketuai oleh Md Hafiz dan juga Anis.

Pengkalan 1: Ikatan

Pengkalan 2: Masakan Hutan

Pengkalan 3: Menjerat

Pengkalan 4: Khemah Survival

Pengkalan 5: Menghidupkan Api

Pengkalan 6: Memancing


Pengkalan 7: Mengumbut

Selepas selesai sahaja sesi kawad, penurunan bendera dilakukan oleh Kumpulan Tutong. Kemudian peserta bersedia untuk mandi dan makan malam. Diperingatkan kepada semua peserta agar bersedia pada jam 7.15 malam untuk menghadiri sesi seterusnya iaitu Sesi Praktikal Radio Amatur yang dikendalikan oleh Skipper Khairil Anuar di Headquarter 1. Patrol yang bertugas pada malam ini adalah Kumpulan Murut (dari jam 8-10 malam). Ianya merangkumi aktiviti melapor pembukaan dan penutupan sesuatu sesi kepada pengendali sesi.
Seperti biasa selesai sahaja sesi pembelajaran bagi para peserta, dengan adanya masa terluang beberapa permainan atau games telah ditunjukkan oleh AJK (Pengakap Kelana 2020) agar suasana lebih meriah dan seronok pada malam itu. Antara permainan yang ditunjukkan adalah 1- Monyet, Helang, Ular 2. Cowboy dan sebagainya.

Tepat sahaja waktu tamat, briefing atau taklimat pendek untuk para peserta dijalankan antaranya mengenai; 1-Tanggungjawab Patrol 2- Pegambilan Breakfast 3- Mindset Survival 4- Aktiviti 7 Pengkalan 5- Keselamatan & Peraturan Perkhemahan. Kemudian peserta balik semula ke khemah masing-masing manakala para AJK membuat meeting pendek mengenai aktiviti-aktiviti yang bakal dilakukan keesokkan hari. Antara isi-isi penting di dalam mesyuarat ini adalah mengenai tugas dan tanggungjawab AJK semasa aktiviti dijalankan terutama sekali mengenai penjadualan tugas dan keselamatan para peserta.

20hb Mac, 2012 (Selasa)
Peserta terpaksa bangun awal pada pagi ini kerana hari ini adalah hari yang benar-benar menguji tahap mental dan fizikal mereka. Acara pada pagi ini adalah Aktiviti Survival (Ikhtiar Diri) sepenuhnya bagi kesemua peserta. Dalam aktiviti ini para peserta dibahagikan kepada dua (2) orang bagi peserta lelaki dan tiga (3) orang bagi peserta perempuan di dalam satu kumpulan. Tambahan lagi mereka hanya diberikan beberapa peralatan yang terhad seperti sebilah parang, alat pancing, beras, telur, air sebotol, buluh (untuk memasak) dan tapak perkhemahan. Mereka tidak dibenarkan balik ke khemah “pasang-siap” mereka atau membawa peralatan dan makanan yang ditegah oleh AJK.

Tuan pengerusi memberi sedikit makluman mengenai tugas tersebut sebelum peserta memulakan aktiviti yang berlangsung sepanjang hari dan malam. Masa yang telah diberikan kepada peserta adalah 15 jam 30 minit bermula dari jam 8.30 pagi hingga 12 tengah malam. Aktiviti ini sebenarnya menguji tahap kefahaman para peserta mengenai pengetahuan ikhtiar diri di dalam hutan yang telah mereka pelajari hari sebelumnya. Di sini juga peserta dikehendaki membina khemah survival bersama kumpulan masing-masing menggunakan bahan hutan yang ada di sekeliling mereka. Antara lain lagi mereka juga disuruh mencari makanan samaada yang berupa sayur atau tumbuhan hutan, memancing ikan, mencari ulat rumbia atau memasak nasi menggunakan buluh yang telah diberikan kepada mereka.

Di sepanjang aktiviti tersebut pelbagai karenah telah dipamerkan oleh para peserta antaranya ialah membuat khemah dengan kreativiti yang tersendiri, mendapatkan ikan daripada aktiviti memancing (sungguhpun umpan tidak diberikan), dan mencari kayu api untuk memasak.

Gambar.5
Khemah survival dan unggun api salah satu daripada kumpulan peserta

Pada sebelah petangnya pula, kesemua peserta dikehendaki menyediakan makan malam mereka dan mencari kayu api sebanyak mungkin. Namun ada yang tidak mengambil peduli tentang perkara-perkara ini. Itu adalah amat dikesali. Apa-apapun yang penting bagi kami adalah mana-mana peserta yang pandai menilai sesuatu ilmu itu, baik dan buruknya, maka mereka telah berjaya di dalam ujian pada hari ini.

Gambar. 6
Suasana dalam hutan Bakiau

Malam telah menjelma dan peserta dikehendaki berehat dan menghidupkan api di khemah masing-masing. Sebanyak 13 buah khemah Survival telah didirikan oleh para peserta dan mereka wajib menghidupkan api di sepanjang malam. Para AJK yang bertugas pada malam itu telah diamanahkan untuk memerhati keselamatan mereka dan membuat persediaan untuk tengah malam nanti iaitu aktiviti Solo Night dengan diberikan kod nama “Biarkan Aku Sendiri Di Sini”. Namun malang tidak berbau, tiga orang peserta perempuan telah mengalami keletihan fizikal dan mental serta tidak dapat lagi meneruskan aktiviti pada malam tersebut. Tambahan lagi mereka bertiga terpaksa dikejarkan ke hospital untuk mengawal masalah kesihatan mereka.

Jam 11.45 malam AJK yang telah ditugaskan mengumpul kesemua peserta mula masuk ke tapak perkhemahan. Dengan keadaan malam yang sunyi dan keletihan para peserta aktiviti solo night akan berjalan tepat jam 12 tengah malam.

21hb Mac, 2012 (Rabu)
Jam 12 tengah malam para peserta dikehendaki membuat satu barisan memanjang dan bergerak perlahan menuju ke hujung jalan ke sungai Kampong Bakiau. Di dalam keadaan tidak sedar mereka, setiap seorang daripada mereka bermula dari barisan belakang disuruh duduk dan berdiam diri di tempat yang telah disediakan. Acara Solo Night ini dibuat di sepanjang tepi jalan. Jarak antara setiap seorang peserta dengan peserta yang lain adalah 10 meter di kiri dan kanan mereka.

Di dalam acara Solo Night  ini juga AJK perkhemahan telah ditugaskan untuk “bersembunyi” di sebalik hutan yang telah ditetapkan untuk memerhatikan gerak geri setiap peserta di dalam situasi kecemasan dan situasi tertentu. Acara ini berlangsung selama 5 jam bermula dari jam 12 tengah malam hingga jam 5 pagi. Menurut laporan daripada AJK yang bertugas pada malam tersebut seramai 7 orang peserta telah melanggar peraturan Solo Night. Mereka telah didapati bersalah kerana berkumpul membuat satu kumpulan dan menghidupkan api di tempat kejadian.

Sebagai iklan pada jam 2.00 pagi pengerusi telah mendapat panggilan dari hospital yang mengatakan kesemua peserta yang telah dikejarkan ke sana berada di dalam keadaan yang baik. Pengerusi telah menggunakan kereta Ford Ranger setiausaha iaitu Awang Azim Rani untuk mengambil mereka di hospital pada ketika itu juga. Apa yang dikesali adalah kereta yang dipandu oleh pengerusi telah berlaku kemalangan iaitu bumper kereta tersebut berlanggar dengan longkang yang ada di sekeliling kawasan perkhemahan. Namun aktivti terpaksa dijalankan dan diambil alih oleh Timbalan Pengerusi iaitu awang Syabirin dan Setiausaha Awang Azim Rani sementara menunggu kepulangan para peserta daripada hospital.

Jam menujukkan 4.30 pagi maka AJK-AJK perkhemahan yang bertugas pada waktu ini telah diamanahkan untuk mengumpul kesemua peserta dari hujung ke hujung untuk meneruskan ke sesi seterusnya iaitu sesi muhasabah diri dengan kod nama “Aku Ingin Kau Tahu Hatiku”. Sebelum sesi ini bermula pengerusi menyuruh ke semua peserta dan AJK berkumpul di satu tempat. Di tempat tersebut bermulalah keluhan dan perasaan masing-masing telah diluahkan samaada baik atau buruk yang mereka perolehi. Sesi & “Aku Ingin Kau Tahu Hatiku” ini telah dikendalikan oleh salah seorang AJK iaitu Hanis di mana di dalam aktiviti ini beliau menekankan aspek kesedaran diri peserta yang merangkumi tanggungjawab untuk diri sendiri, semangat dan motivasi untuk terus hidup serta keyakinan pada diri sendiri. Pada ketika ini peserta diberi lampu hijau untuk meluahkan kepuasan atau perasaan tidak puas hati mereka terhadap AJK yang bertugas di sepanjang perkhemahan berlangsung.

Jam 5.30 pagi peserta disuruh balik ke khemah pasang siap mereka untuk berehat secukupnya dan bersedia membuat persiapan untuk acara penutup di pagi hari nanti. Keletihan kegembiraan jelas terpampang di wajah para peserta kerana apa yang dapat dinilai di sini adalah mereka telah berjaya mengatasi segala ujian yang telah diberikan mengikut kadar kemampuan mereka sungguhpun keletihan fizikal serta mental dan kekurangan tenaga di sepanjang aktiviti adalah halangan terbesar yang terpaksa mereka harungi.

Pada jam 8 pagi para peserta perlu menghadiri satu forum belia yang telah dikendalikan oleh Skipper Hj Mohammed Bin Ali dengan tajuk  forum beliau adalah Mengapa Perlu Kasih dan Sayang. Antara intipati di dalam forum tersebut adalah menekankan perasaan kasih sayang di dalam diri sendiri dan orang lain samaada di dalam bentuk disiplin, penghormatan, pertolongan dan kerjasama di dalam sosial kehidupan.

Kemudian jam 11 pagi peserta membuat aktiviti terakhir mereka iaitu Team Building. Di dalam aktiviti para peserta mengikut kumpulan masing-masing perlu mencipta satu peralatan yang sepenuhnya perlu dibuat daripada tumbuh-tumbuhan. Ianya juga adalah untuk menguji tahap kerjasama di dalam kumpulan, kreativiti, keberanian berhadapan dengan khalayak ramai, serta memberi peluang untuk meluahkan imiginasi mereka terhadap ciptaan mereka. Pelbagai aksi lucu telah dipamerkan oleh para peserta semasa sesi Team Building ini.

Gambar.7
Team-Building

Selesai sahaja aktiviti terakhir, sebagai permintaan daripada setiausaha perkhemahan iaitu Awang Azim, para peserta perlu membuat persembahan untuk acara penutup dengan menyanyikan lagu Motivasi Belia. Para peserta perlu menghafal lagu tersebut dan membuat latihan sebelum acara penutup nanti. Selepas latihan ini peserta-peserta yang telah melanggar peraturan Solo Night telah didenda oleh AJK Perkhemahan. Mereka perlu membersihkan kesemua sampah sarap, dan memanyap semula khemah-khemah pasang siap yang digunakan.

Semua peserta dan AJK perkhemahan membuat persediaan bagi acara penutup yang bakal berlangsung pada jam 2 petang nanti. Semua khemah dan peralatan dikumpul dan dibersihkan semula. Tepat jam 1.30 petang kesemua perserta dikehendaki turun ke Headquarter 1 berjalan kaki dibimbing oleh beberapa orang AJK.

Gambar. 8
Majlis penyampaian hadiah

Acara penutup dihadiri oleh Ketua Kampong Bakiau sebagai Tetamu Kehormat, Skipper Burhanuddin Bin Hj Daud, Pesuruhjaya Pengakap Daerah Tutong serta beberapa lagi pemimpin Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam. Suasana acara penutup ini diratapi dengan kesedihan perpisahan dan kegembiraan serta kelegaan para AJK yang telah sama-sama berjaya mengendalikan aktiviti yang cukup bermanfaat ini. Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat.

Gambar.9
Sesi bergambar ramai di antara AJK dan para peserta

No comments:

Post a Comment

Powered By Blogger