Hari :
Jumaat Lokasi : 1st Billion Barrel
Tarikh : 12 Disember 2008 Destinasi : -
Petang sekitar jam 2, para ahli
ekspedisi berkumpul dirumah Abd Rani untuk peneriksaan terakhir semua perkakas
keperluan ekspedisi. Pukul 3.30 semua pesereta bergerak menuju Dewan Wawasan
keriam (Pesaka) untuk menaiki kenderaan Bas ABDB. Kemudian tepat jam 4 petang
bas mulai bergerak menuju destinasi 1 billion tong Seria.
Pada jam 1652 para peserta tiba di
destinasi dan mula mencari tempat perkhemahan (letak kereta),seterusnya
mendirikan kem, setelah semuanya selesai para peserta membuat aktiviti sendiri
seperti memasak, membuat nota, berkumpul-kumpul (ice breaking) dan lain-lain.
Sekitar jam 9 dua peserta (syabirin dan hariz) datang melapor diri setrusnya
mendirikan kem persendirian. Si Chua jatuh ke dalam longkang dan kakinya
berdarah kemudian dirawat oleh Za’im.
Atas tanggungjawab jawatankuasa
pengawas peserta iaitu Rafi dan Azlan Shah mengarahkan para peserta untuk
berpindah tempat perkhemahan disebabkan air pasang, ke tempat yang lebih tinggi
iaitu tempat laluan menuju Arca. Khemah baru mula dibuat. Ada yang keletihan
dan terus ‘mengampai ampai-ampai’ dan tidur.
Hari :
Sabtu Lokasi :
1st Billion Barrel
Tarikh : 13 Disember 2008 Destinasi : Hutan Simpan Sg.Liang
(Jarak
Perjalanan: 33KM)
Hujan Lebat sekitar 0145 memaksa
kami mengemaskan khemah dan barang-barang kami. Sekitar 0330 pagi kami sudah
pun bersiap sedia untuk bergerak menuju Taman Peranginan Anduki. Bacaan Doa
Selamat dibacakan oleh Awang Muhammad Azim@Runni Bin Abd Rani. Jam 0356 kami
mula bertolak melalui jalan Seria (OGDC) tanpa dikawal oleh Pihak Polis. Satu
kesilapan kami kerana tidak menghubungi dan memaklumkan Pihak Polis terlebih
dahulu sebelum bertolak. Sepanjang perjalanan peringkat pertama ini banyak
perhentian (rehat 15 minit) dilakukan, ini adalah kerana beban belum lagi
banyak berkurang tambahan lagi basah akibat hujan.
Sekitar jam 0600, hari mulai terang
di sekitar kawasan Pembakaran Mayat Orang-orang Hindu barulah kami dapat dikesan
oleh Pihak Polis. Kami diiringi oleh Pihak Polis sehinggalah sampai di Taman
Peranginan Anduki sekitar jam 0712.
Memandangkan peserta keletihan,
pengerusi ekspedisi mengarahkan untuk berehat selama 4 jam. Ada yang mebuat
jamuran, ada yang mebintur ketam (si Shahlan) tapi ‘nda beluih’ dan ada yang
masak. Setelah semuanya selesai semua peserta ‘mengampai’ mengumpul tenaga
persediaan meneruskan perjalanan menuju destinasi seterusnya. Sementara itu
pihak polis menungu kami ditempat letak kereta iaitu 3 buah motorsikal dan
sebuah kereta.
Pukul 1000 semua peserta ekspedisi
mula mengemas dan makan bagi mengurangkan beban beg. Sebelum bertolak AJK
Setiausaha mengarahkan untuk membuat satu permainan “urut-urut shin chan”.
Tepat jam 1100 semua ahli ekspedisi pun meneruskan perjalanan menyusur jalan
kecil anduki yang menembusi jalan besar (jalan lama seria) sementara pihak
polis yang bertugas menjalankan tugasnya sehabis baik.
Di penghujung jalan mati, kami
berehat seketika. Jam menunjukkan sudah pukul 1200 tengah hari. Seterusnya
menyambung perjalanan menuju simpang pantai lumut. Dalam perjalanan sejauh
1.5km ini kami mengharungi cuaca yang panas dan kadangkala hujan panas. Kami
pun tiba di simpang dan berehat seketika di bawah pohon simpur dekat jambatan untuk
membasahi tekak yang kering dan melonggarkan otot yang sengal dan kencang
akibat keletihan dan bebanan yang dipikul.
Rehat selama 20 minit kami pun
menyambung perjalanan menyusur jalan kampung untuk menuju ke cekpoin seterusnya
iaitu kompleks sukan lumut, ketika menjalani destinasi ini kami membuat
perhentian sebanyak 3 kali iaitu dikawasan pasir berhampiran dengan rumah buruk
dan disalah satu simpang kampong Sungai
Taring, disini seorang peserta (Md Azim) meminta izin untuk meminta air paip,
dan seorang peserta lagi (Md Thariman) secara darurat ‘mengambil’ beberapa biji buah kelapa terbiar didepan
pagar penduduk kampong untuk membasahi tekak yang kering. Kami rehat selama 15
minit dan menyambung semula perjalanan kami. Sekitar jam 2 petang kami singgah
di sebuah kedai restoran untuk berehat panjang. Di sini kami mengalas perut dan
makan tengah hari. 8 orang peserta dengan seleranya makan nasi lemak dan minum
air kosong.
1435 menyambung semula ekspedisi,
semasa dalam perjalanan kami diganggu oleh sekumpulan anak dara (dalam kereta
echo warna keemasan) namun kami tidak dapat melayan mereka dengan mesra akibat
keletihan yang teramat sangat, perjalanan diteruskan akan tetapi memandangkan
cuaca panas terik, kami tidak dapat untuk (1 go) ke destinasi, kami pun berehat
di pondok persendirian orang kampong dan menyambung semula perjalanan, sekitar
jam 1540 kami tiba di pondok rehat berdepanan dengan Kompleks Sukan Lumut dan
berehat selama 50 minit. Polis Seria memberitahu kami bahawa mereka akan
bertukar ‘shift’ dengan Polis Lumut. Julaihi, Shahlan, dan Chua pergi mencari
tandas di kompleks sukan tersebut untuk membuang air kecil.
Miadi dan Thariman sempat juga
memasak Indomee. Hariz berasa sangat letih lalu tertidur ‘ampai-ampai’ di atas
meja pondok. Ketika ini juga Pihak Polis memaklumkan tentang air pasang pada
waktu malam di Pantai Sg.Liang. merujuk pada makluman polis kami membuat
keputusan untuk menukar perancangan awal tempat bermalam iaitu Pantai Lumut
kepada Hutan Rekreasi Sg.Liang ini adalah untuk keselamatan dan menjimatkan
masa. Kami cuba menghubungi ketua kampong keriam untuk memaklumkan penukaran
rancangan ini, namun tiada respon .
Jam 1630 kami bersiap sedia untuk
meneruskan perjalanan. Cuaca pada ketika itu sangat mendung dan semua peserta
bersiap sedia memasang baju hujan. Namun hujan tidak juga turun-turun. Di dalam
perjalanan menuju simpang luar BLNG kami melintasi luar kawasan pemprosesan
gas. 4-5 orang peserta secara berganti-ganti bekerjasama mengangkat katil
pasang siap milik Awg Md Azim dengan menggunakan 2 tongkat. Hariz juga pada
ketika ini mendapat ‘Badas’ di dua kelengkang pehanya.
Di dalam perjalanan ini kami berehat
di depan bangunan pejabat syarikat BLNG. Di sini Hariz diarahkan oleh Syabirin
untuk membuka seluar dalam beliau untuk mengurangkan geseran atau badas pada
kelengkang beliau.
Syabirin berteriak pada Hariz agar
membuka seluar dalam beliau:
“Bukaaaa!Bukaaa!!”
Setelah berehat selama 10 minit,
kami menyambung semula perjalanan menuju ke rekreasi Sg.Liang, dalam perjalanan
ini kami disorak oleh penduduk daerah Belait yang berada diluar rumah juga yang melintasi
menggunakan kereta “steady wang!”. dengan sorakan ini kami pun bertambah
semangat dan merasa dihargai. Perjalanan diteruskan sehingga tiba dikedai India
untuk berehat dan menghormati azan maghrib. Disini kami berehat membeli air,
merawat cedera (Awg Julaihi,Md Zaim, Md Syabirin, Md Azim). Selepas rehat kami
pun menyambung semula perjalanan ‘berjalan malam’ .
Ketika ini peserta mula kembali
bersemangat disebabkan rehat yang cukup serta sorakan daripada orang yang lalu
lalang. Ada sekumpulan orang putih menggunakan kereta Prado berkata kepada kami
“Good Job Boys!”.
Sekitar jam 1845 petang kami berehat
sekali lagi di depan simpang tiga. 5 minit kemudian kami meneruskan perjalanan
kami menuju Hutan Rekreasi Sg.Liang. setelah melintas di hadapan kawasan Balai
Polis dan Masjid Sg.Liang kami berbesar hati dan besyukur kerana kami sedikit
lagi akan berjaya sampai di destinasi pertama kami. Jam menunujukkan 1920
malam, kami mula masuk simpang 4 menuju Labi. Jalan di kawasan sana sangat
gelap hanya anjing yang memberi sorakan pada kami.
Jam 1932 kami tiba di Hutan Rekreasi
Sg.Liang!!!!!semua peserta duduk ‘ampai-ampai’. Begitu gembiranya kami apabila
sampai di sana, sepatutnya kami di Pantai Lumut, namun dengan berbekalkan
semangat kami dapat menjarakkan destinasi kami ke Hutan Simpan Rekreasi
Sg.Liang.
Azim, Chua, Rafi, Thariman, Shahlan,
Miadi, dan Ejul pergi masuk ke dalam rekreasi untuk mencari tempat untuk
bermalam, dua pondok yang menjadi tempat untuk kami, sebuah pondok dihuni
Julaihi, Azim, Za’im, Chua, Thariman, Miadi, Azlan, Shahlan, Rafi dan sebuah
lagi Syabirin, Amizul, Wafi dan Hariz.
Za’im, Syabirin, Amizul, Hariz,
Azlan, dan Wafi masih lagi duduk keletihan di kawasan letak kereta di bawah
sinar lampu yang bercahaya. Dalam pukul 8 malam, semua peserta bercadang untuk
mandi. Ada dua tempat yang menjadi pilihan yang pertama tandas awam, namun
tandas ini hanya terhad kepada seorang sahaja untuk mandi sementara dua bilik
untuk membuang air.
Maka ada yang bercadang untuk mandi
di kolam semulajadi yang berada di dalam rekreasi tersebut. Syabirin, Za’im dan
Hariz mendahului untuk mandi di kolam tersebut. Airnya sangat sejuk sekali.
Kata orang air tersebut berasal daripada air di puncak bukit rekreasi tersebut.
Azim, Julaihi, Hariz, Chua, Za’im dan Syabirin sempat juga mencuci baju pada
malam itu.
Jam menunjukkan pukul 2100. Semua
peserta sudah memasak. Shahlan, Rafi, Miadi dan Azlan sudah tidur lebih awal.
Apa yang sangat melucukan di sini adalah apabila salah seorang daripada kami
iaitu Shahlan “mengigau”. “Ka!Ka! Mana Ladder?”.
Semua yang ada dan masih bangun pada waktu itu ketawa terbahak-bahak. Yang menjadi saksi ketika itu ada 4 orang
iaitu Azim, Chua, Thariman dan Za’im.
Dalam keadaan keletihan Chua dan
Za’im ada membuat bubu kecil berumpan kan beras ketupat daripada botol air
sehat untuk mengambil udang iaitu “bangkutut”. Mereka menyimpan bubu kecil
tersebut di dalam anak sugai kecil di bawah kaki bukit selama 1 jam dan mereka
belurih 4 ekor bangkutut lalu menahan untuk kali kedua bersama dengan bintur
ketam sehingga pagi.
Setelah selesai menyimpan bubu dan
bintur tersebut, maka mereka pun balik semula ke pondok dan tidur dengan
nyenyaknya.
Hari :
Ahad Lokasi : Hutan Simpan
Sg.Liang
Tarikh : 14 Disember 2008 Destinasi : Pantai Seri Kenangan
(Jarak
Perjalanan: 26KM)
Dalam perancangan awal peserta
sepatutnya mula bertolak menuju ke destinasi seterusnya seawal 0600 pagi. Namun
nampaknya seorang pun tidak terdaya untuk bangun pada waktu yang dirancangkan,
Semua keletihan.
Azim adalah peserta paling awal
bangun ketika itu untuk mengejutkan Za’im namun dia pula yang tidur semula. Dan
Za’im bangun mencuba untuk membanguni semua peserta namun tidak dilayan dan dia
pun tidur semula kerana dengki dan merajuk melihat semua peserta kenyamanan
tidur (mantingal). ***Kuang kuang kuang!
Dalam pukul 0830 maka seorang demi
seorang peserta bangun dan menyediakan sarapan pagi masing-masing, Za’im dan
Shahlan pula pergi mengambil bintur dan bubu yang ditahan semalaman, hasilnya
bubu mendapat 8 ekor bangkutut dan 2 ekor anak ikan, bintur kosong. Za’im dan
Chua terus menggoreng hasil bubu tersebut untuk sarapan pagi.
Sementara itu,Pondok kedua, masih tidur
dikhabarkan Amizul bermimpi ngeri (hantu). Di pagi ini para peserta baru terasa
kesakitan pada otot-otot dan kecederaan akibat ruam panas ‘badas’ dan
‘blister’. Semasa pagi ini juga Azim dan amizul menyatakan yang mereka tidak
sanggup untuk meneruskan ekspedisi, namun setelah berjam-jam berehat selepas
sarapan syukur semua peserta pulih semula segala kesakitan.
Sekitar jam 1000 cuaca ‘sedang
panas’ semua peserta sudah selesai makan, mencuci dan mandi, seterusnya
mengemas barang-barangan kedalam beg dan memeriksa kebersihan sekitar
perkhemahan dan permandian.
Sebelum bertolak kami sempat
bergambar ramai, latarbelakangkan Hutan Simpan Rekreasi Sg.Liang, dan membaca
doa selamat kemudian mula bertolak tepat pukul 1052 diiringi polis bermotor Sg
Liang.
Destinasi pertama kami ialah Soon
Lee Megamart, untuk membeli barang keperluan untuk perjalanan/perkhemahan
seperti Air, gas dan ‘body armour’ a.k.a tuala wanita. Perjalanan diteruskan
dalam cuaca yang masih sederhana panas menyusuri sepanjang 3KM kemudian membuat
perhentian ditepi jalan besar, dibawah papan tanda untuk berlindung. Rehat
selama 15 minit ekspedisi pun diteruskan hingga tiba di kampung sungai paku
Telisai disatu simpang penduduk pekebun disana. Disini kami berehat selama 15
minit, pada ketika ini Awg Rafi dihubungi oleh Moizarshah ‘pemimpin pengakap
Telisai’ mencadangkan peserta ekspedisi membuat perhentian dirumah beliau
apabila tiba dikawasan kampong Telisai.
Perjalanan diteruskan sehinnga ke
kawasan tanah lapang (berdepanan dengan kawasan trak pengambilan tanah) untuk
berehat selama 15 minit kemudian diteruskan menuju kerumah Awg Moizarshah.
Tepat pukul 1400 kami pun tiba,
disini kami disambut oleh beliau dan seorang pembantu beliau dengan pakaian
seragam pengakap, kami disediakan sebuah kem perlindungan, air minuman sejuk
(100+ dan air sehat botol kecil) dan barang ‘first aid’. Pengerusi ekspedisi
mengarahkan membuat rehat 30 minit disini, semua peserta membuat aktiviti
sendiri seperti membuka balutan kaki, mengeringkan barang-barang basah,
stretching dan mengumpulkan duit $1 kegunaan untuk membayar tambang perahu
(melintas Danau menuju kuala Tutong).
Setelah 25 minit berlalu, semua
peserta mula mengemas semula dan bersedia untuk menyambung perjalanan menuju
destinasi seterusnya iaitu Jambatan Feri lama Danau. Tepat pukul 1430 peserta
menuju ke destinasi melalui jalan Keramut, Telisai.
Perjalananan selama 45 minit kami
membuat perhentian di Dewan serbaguna kampong Danau, rehat selama 15 minit.
Perjalanan diteruskan kami terlihat papan tanda yang menyatakan bahawa jarak
antara dewan tersebut dengan destinasi (feri lama) ialah 2KM . Semasa
perjalanan ini berhampiran dengan masjid kami terdengar laungan azan, kami pun
berhenti seketika bagi menghormati azan, setelah selesai kami meneruskan
perjalanan tiba di destinasi sekitar jam 1610, dikawasan ini Awg Hj Asmali
bersama 2 orang sahabat beliau telah lama menungu ketibaan kami sementara
menungu kami, mereka sempat memancing. Hj Asmali menerangkan pada kami bahawa
beliau terpaksa membuat 3 kali penurunan dikuala tutong.
Trip:
1. Azim, Julaihi, Thariman, Azlan dan
Hariz
2. Tan Miadi, Shahlan, Rafi, Wafi dan
Amizul
3. Chua, Syabirin dan Za’im.
Keadaan air pada ketika itu pasang
namun tidak berombak. Semua peserta berkumpul di penurunan perahu sekitar jam
1645 petang. Setiba di sana Pengerusi ekspedisi cuba untuk memberi upah kepada
Awang Hj Asmali, namun ditolak secara baik oleh beliau. Awang Hj Asmali berkata
tidak perlu membayar upah dan sebaliknya beliau menoyokong kami dengan penuh semangat.
Dan ketika itu juga bapa kepada
Azlan, iaitu Ngah Akbar sedang menunggu kedatangan kami di ujung Kuala. Beliau
membekalkan kami sebotol besar 100+ dan sebotol besar pepsi. Za’im juga
meminjam telefon Thariman mencuba untuk menghubungi Polis Tutong bahawa kami
ingin minta bantuan mereka untuk mengiringi perjalanan kami.
Pihak Polis ketika itu mengatakan
dalam telefon, bahawa sebentar lagi mereka akan membantu kami. Jam pada ketika
sudah menunjukkan pukul 1700. Namun Polis belum lagi tiba. Kami berasa sangat
marah dan berang di atas sikap ‘buang masa’ dan ‘kurang sokongan’ daripada
Pihak Polis Tutong ketika itu. Kami pun meneruskan perjalanan tanpa membuang
masa.
Sekitar 15 minit perjalanan dari
ujung Kuala tadi, kami berehat lagi dan Za’im mencuba untuk menghubungi pihak
Polis untuk kali kedua. Kali kedua mereka juga mengatakan supaya kami bersabar
dan dalam 5 hingga ke 10 minit kemungkinan Polis akan tiba. Namun setelah kami
berehat 15 minit, jangankan batang hidung Polis kelihatan, kereta pun tidak
kelihatan.
Kesemua kami berasa
tersangat-sangatlah marah dengan sikap Polis yang melengahkan masa kami yang
banyak terbuang oleh mereka. Kami meneruskan perjalanan kami tanpa diiringi
oleh Pihak Polis. Sekitar jam 1750 kami pun tiba di sebuah kedai di kampong
Penabai. Di sana peserta membeli air dan mengalas perut dengan membeli roti
paun. Berehat selama 10 minit dan tepat jam 1800, kami bergerak menuju Pantai
Seri Kenangan.
Kawasan di Pantai Seri Kenangan ketika itu
sangat sibuk. Ramai orang berkelah di sana. Kami sempat digambar oleh Awang Hj
Asmali ketika berjalan di kawasan orang berkelah. Perasaan kami ketika itu
bercampur baur. Kami berasa sangat malu. Seolah-olah kami berjalan kawasan
orang ramai (tanpa bantuan Pihak Polis) hanya seperti untuk menunjuk-nunjuk
dengan membawa barang di belakang kami.
Ada orang awam yang menganggu kami.
Bak kata orang Brunei ‘cecapi’ atau ‘mengambang’ salah seorang daripada orang
di sana mengatakan kepada kami “mana senapang kamu wang?”. Namun kami tidak
melayan dan membiarkan dia terlompat-lompat macam orang gila mengejek kami.
Dalam fikiran kami, ini disebabkan ketidak ambil pedulian Pihak Polis yang
sepatutnya menjaga kami sepanjang perjalanan menyusur pantai.
Jam 1810 kami pun akhirnya tiba
diperhentian kami iaitu Pantai Seri Kenangan!!!! Semua peserta bersorak
kegembiraan sesampainya di sana. Semua kami meletakkan beg. Ada yang bermain di
gelongsoran dan ayunan permainan kanak-kanak tanda kegembiraan.
Syabirin terus main buaian sambil
memegang telefon bimbit beliau. Amizul dan Hariz ada memberitahu kami bahawa
mereka ingin pulang ke rumah sebentar. Begitu juga dengan Azlan. Amizul kata
beliau ingin mengambil kereta di Kuala Belait. Dia juga ditemani oleh Wafi.
Tapi sebelum mereka balik, semua peserta kecuali Azlan makan di Restoran Pantai.
Kami makan nasi katok dan minum air kosong. Namun sebelum itu, kami sempat
diberi makanan oleh bapa Azim (Abd Rani) yang berupa daging korban, nasi, buah
durian (dedahan) dan rambutan.
Apa yang menyedihkan ketika kami
sampai di Pantai Seri Kenangan ini, Julaihi peserta veteran kami memberitahu
kami bahawa dia tidak sanggup untuk meneruskan perjalan esok hari kerana dia
berasa sangat lemah dan lagi pula tapak kaki beliau ada ruam panas (blister).
Namun Za’im terus memberi dia semangat agar tidak putus asa dan Julaihi pun
memberi isyarat “ibu jari ke atas” menandakan dia tidak jadi untuk batalkan
ekspedisi beliau.
Ketika di restoran itu, ramai di
antara kami bergaul mesra, gelak ketawa menandakan kami puas hati dengan
pencapaian kami ketika itu. Ada juga yang menggangu pelayan ‘Indon’ yang cantik
ketika itu. Selesai saja makan di restoran tersebut, kami pun mencari tempat
untuk bermalam. Kami mendapat ‘spot’ yang baik iaitu dekat dengan tandas awam.
Barang-barang kami yang pada awalnya
berada di pondok dekat permainan kanak-kanak dibawa ke tempat yang ditetapkan.
Kemudahan untuk mandi cukup lengkap. Pada malam itu juga kami sangat bernasib
baik, bapa kepada Rafi datang untuk memberi makanan yang berupa kuih –muih
kepada beliau.
Setelah semua barang-barang dipindahkan
(walaupun barang Wafi, Amizul, Azlan, dan Rafi masih lagi di pondok) kami semua
membongkar semua alas tidur kami. Ada yang membuat jamuran, ada juga yang
mencuci pakaian mereka dan ada juga yang mandi. Dalam perancangan kami sebelum
itu, tempat bermalam kami adalah di kawasan Pengasing. Namun disebabkan tidak
ada bekalan air bersih, kami terpaksa bermalam di Pantai Seri Kenangan.
Pada malam itu juga Za’im dan
Julaihi ada memecahkan ruam panas di tapak kaki mereka. Tambahan lagi, Hj Noor
Asmali dan rakan beliau ada datang melawat kami dan memberi air mineral
sekotak. Beliau juga menyuruh kawan beliau untuk mengambil gambar beberapa
orang daripada kami yang ada di situ. Chua, Thariman dan Rafi sempat juga
memasak makanan untuk dimakan pada malam itu. Ada juga peserta yang awal tidur
seperti Azim dan Shahlan. Shahlan lagi sekali ‘mengigau’ semasa ibu Azlan
datang menjenguk kami. Shahlan menunding jarinya ke langit apabila Chua
berteriak memanggil Azlan. Sangkaan Shahlan dia yang dipanggil namun dalam
tidur dia masih terasa bahawa dia yang dipanggil padahal bukan dia. Pada malam
tersebut Thariman juga menyedari bahawa dia mendapat penyakit ‘gatal’
keseluruhan badannya dan terus mandi. Ada juga dia sempat memohon pertolongan
dari Chua untuk menitik air lilin pada bahagian yang gatal.
Sekitar jam 0000 tengah malam semua
peserta pun tidur dan bersedia untuk bangun awal keeseokan paginya.
Hari :
Isnin Lokasi : Pantai Sei
Kenangan
Tarikh : 15 Disember 2008 Destinasi : Bukit Shahbandar
(Jarak
Perjalanan: 37KM)
Jam menunjukkan pukul 0330 pagi.
Ketika itu Azim adalah peserta pertama yang bangun awal. Kemudian diikuti oleh
Za’im. Bak kata orang “Dicari nada, inda dicari ada tia” barulah Pasukan Polis
dari balai Polis Tutong datang bertanyakan tentang jadual kami. Mungkin Polis
yang hadir pada ketika pagi itu hanya kebetulan menemui kami dan mungkin juga
mereka cuma meronda di kawasan pantai. Kemudian mereka pun beredar dan berjanji
untuk megiringi kami ketika perjalanan di lebuhraya nanti.
Azim ada juga berusaha membanguni
Syabirin, Amizul, Hariz dan Wafi yang tidur berasingan dengan peserta yang
lain. Namun mereka juga tidak bangun. Za’im ketika itu memaksa peserta lain
untuk bangun namun belum juga mahu bangun. Azlan, Chua, Miadi, Shahlan, Thariman,
Rafi, dan Julaihi masih nyenyak tidur.
Dalam pukul 0415 pagi mereka
bertujuh yang disebutkan tadi di atas pun bangun. Za’im cuba mengejutkan 4
rakan yang lain yang masih belum bangun setelah Azim mengejutkan mereka tadi.
Pengerusi khuatir nanti apabila para peserta lambat, perjalanan nanti akan
menjadi bertambah berat akibat cuaca panas. Jika bertolak awal, kemungkinan
perjalanan mungkin lebih cepat berbanding dengan cuaca panas.
Semua peserta mengemas barang-barang
mereka. Beberapa orang juga sempat mandi, memasak air dan sarapan pagi.
Dipendekkan kan cerita semua peserta siap mengemas barang-barang sekitar jam
0530. Azim membaca doa. Jam 0535 mula bertolak, pada waktu inilah baru peserta
menggunakan jalan pantai. Kebetulan pada ketika itu Azim tertinggal barang di
tempat bermalam dan beliau terpaksa berlari mengambilnya. Para peserta yang
lain hanya menunggu dan ada yang sempat mengukir sesuatu di atas pasir pantai.
Selepas itu kami menyambung lagi
perjalanan kami. Kami melalui jalan pengasing dan akan menuju ke Kolam Saluran
Najis. Dalam perjalanan itu, Thariman memasang MP3 beliau agar perjalanan kami
tidak sunyi. Za’im pula membuat garisan panjang di atas pasir dengan
menggunakan tongkatnya.
Keadaan gelap kini sudah semakin terang. Jam
menunjukkan pukul 0630. Kami pun berehat di kawasan batu-batuan. Mula-mula kami
sangkakan pagar yang berada di kawasan kami berehat ini adalah kawasan Kolam
saluran Najis, tetapi tanpa disedari kami terlajak dekat kawasan Perkhemahan
Battalion ke-2 ABDB (Tutong Kem). Hariz mengalami ruam panas di kaki.
Kami pun berfikir bagaimana hendak
meneruskan perjalanan kami ketika itu. Ada dua jalan yang menjadi pilihan
- Teruskan hingga kem penanjong
dan menembusi ke lebuhraya
- Naik dari kampong penanjong
Hari
sudah semakin siang. Dan cuaca pula semakin panas. Tanpa membuang masa kami
puna meneruskan perjalanan hingga ke pantai Penanjong. Di sana kami berehat
lagi untuk menghubungi ketua kampong. Za’im menggunakan telefon bimbit Thariman
untuk menghubungi ketua kampong bagi meminta pendapat namun panggilan tidak
dijawap.
Kami berehat sehingga jam 0730.
Kemudian kami meneruskan menuju Masjid Penanjong. Kami berehat lagi untuk
menghubungi Polis agar mengiringi perjalanan kami nanti ketika di jalanraya.
Za’im yang menghubungi Polis dan berharap Polis akan memberi bantuan segera,
namun setelah dihubungi, Pihak Polis berkata mereka mungkin ada dalam setengah
hingga 45 minit lagi. Kami pun faham kenapa Balai Polis Tutong selalu saja
melalaikan perjalanan kami. Ini adalah kerana Pihak Polis Daerah Tutong tidak
cekap atau malas dan selalu membuang masa kami sejak kelmarin lagi.
Tanpa membuang masa, kami pun
bersedia memakai ‘tuala wanita’ yang kami beli untuk dipasang di dalam kasut
dan celah-celah anggota badan kami agar dapat mengelak daripada terkena ruam
panas. Tambahan lagi, pagi ini kami berasa tidak berapa gembira kerana faktor
pihak Polis. Dalam pukul 0800, kami ‘terpaksa’ menggadai nyawa kami di jalan
raya (tanpa diiringi oleh Polis) untuk menuju di kedai orbit.
Kami sampai di kedai orbit dalam
pukul 0815. Kemudian kami membeli makanan dan minuman untuk sarapan di sana dan
juga untuk perjalanan nanti. Barulah kami nampak ‘dua batang hidung’ pihak
Polis dengan motorsikal mereka datang untuk mengiringi kami. Macam-macam
makanan yang kami makan. Rasa lapar pagi tadi hilang. Ada juga peserta yang
membeli rokok.
Dan kira-kira jam 0845 pagi semua
kami bertolak menuju lebuhraya. Cuaca di atas jalanraya sangat panas berwap dan
kami berharap hujan akan turun. Ketika itu semua kami cuma diam membisu dan
tidak ada seorang pun yang membuat lawak atau bercakap kerana bahang panas dan
rasa letih yang amat sangat. Thariman tanpa segan silunya juga membuang
tongkatnya di pusingan lebuhraya Penanjong. Kami meneruskan perjalanan kami
hingga dekat kenderaan pengorek tanah.
Pada mulanya Pihak Polis menjaga
keselamatan kami dengan baik, kami sangkakan mereka akan menebus atau sedar
akan kesalahan mereka. Semasa kami berhenti Pihak Polis turut masuk kesemak
sebelah jalan raya untuk berehat bersama kami. Lama-kelamaan Pihak Polis
menjadi ‘puteri lilin’ dengan hanya mencari tempat berteduh dihadapan tanpa
menghiraukan keselamatan kami. Ini bermaksud tidak ada Polis yang menjaga kami
di belakang. Nyawa kami jadi taruhan. Kedua-dua polis tersebut berada di
hadapan seolah seorang Polis menjaga Polis yang seorang lagi secara
berganti-ganti. Itulah kenyataannya, kami berasa sangat tertekan dan marah
dengan tabiat mereka.
Semasa mereka berteduh jauh di
hadapan, salah seorang daripada kami iaitu Julaihi berada di dalam keletihan
yang melampau dan kami pun berehat. Setelah itu apabila ditanya samaada beliau
sanggup meneruskan perjalanan ini atau tidak. Beliaupun memberi isyarat ‘tidak
sanggup’ dan beliau terpaksa pulang. Melihat keadaanya yang lemah itu, kami menelefon pihak kecemasan hospital untuk
membawa dia.
Za’im menghubungi pihak hospital
dengan menggunakan telefon milik Hariz. Kemudian ada pertelingkahan berlaku
diantara dia dan pihak kecemasan hospital. Ini kerana pihak kecemasan memberi
respon yang menyakiti hati beliau. Dalam perbualan tersebut:
Za’im :
“Hello, kecemasan?kami dari belia ekspedisi berjalan kaki ingin meminta bantuan
kecemasan disebabkan salah seorang di antara kami mengalami kecederaan.
Pihak Kecemasan 1(Perempuan): “Hello, bah tunggu kajap”
Pihak Kecemasan 2 (Lelaki): “Hello, siapa ni? Mengapa?”
Za’im :
“kami dari belia ekspedisi berjalan kaki ingin meminta bantuan kecemasan
disebabkan salah seorang di antara kami mengalami kecederaan. Masa ni kami di
kawasan lebuhraya sebelum masuk simpang Binturan.”
Pihak Kecemasan 2: “Tantukan di mana kamu atu! Berapa no. telefon ani?”
Za’im: “Awu
iatah udah tu di sini, 8657334”
Pihak Kecemasan 2 : “eyh?bisai-bisai bercakap atu!”
Za’im(berteriak) : “8657334 lalah bah kami ani apakan?”
Dipendekkan cerita dalam beberapa
minit datanglah kereta Ambulan mengambil Julaihi dan memberi bantuan segera
kepada beliau. Julaihi pun naik ke kenderaan tersebut. Kemudian ada Pihak
Kecemasan (Paramedik) bertanya siapa yang menelefon mereka tadi. Za’im pun menjawap
“kami” dan kemudian untuk kali kedua dia bertanya lagi maka Za’im pun menjawap
“aku” lalu terus marah kepada Paramedik bahawa kami semua dalam tekanan dan
marah disebabkan oleh faktor “ingin berteduh” pihak polis yang sepatutnya
menjaga kami.
Setelah itu kami meneruskan lagi
perjalanan menuju simpang Penanjong Kem (Binturan) dan berehat di pondok sana.
Kami sampai sekitar jam 1045. Kami terasa sangat letih dan beringin membalas
apa yang dibuat oleh pihak Polis ke atas kami sebelum ini. Kami berehat tanpa
memaklumkan kepada mereka. Kami dapati banyak gerai jualan, maka kami pun
membeli makanan dan minuman untuk mengisi perut kami.
Beberapa minit kemudian, ada 3 orang
penduduk kampong keriam iaitu Amir Emasyukri, Amin dan Amir Fakhry datang
memberi bantuan berbentuk air mineral. Kami berterima kasih kepada mereka
kerana sanggup meluangkan masa menjenguk kami di sana walaupun setelah tiba di
sana Amin (ketika mengangkat minuman) jatuh kedalam longkang.
Beberapa orang di antara kami juga
mengambil kesempatan untuk mengurangi beban kami yang masih berat untuk dibawa.
Mereka menyimpan barang-barang yang kurang perlu semasa di perjalanan ke dalam
kereta milik Amir Emasyukri. Setelah cukup rehat panjang kami meneruskan lagi
perjalanan kami seterusnya. Kami bertolak sekitar jam 1200.
Kami dapati semasa perjalanan kami
di lebuhraya dekat kawasan jejantas kampong Bukit Panggal, ada pihak Polis
mengekori kami dengan menggunakan kereta. Kami rasa bersyukur dan selamat
semasa perjalanan itu. Tambahan lagi kami diberitahu oleh Penduduk Kampong
Keriam tadi iaitu Amin bahawa kemungkinan kami akan bertemu dengan Ahli
Jawatankusa serta peserta-peserta Ekspedisi berbasikal Anjuran Kampong Keriam
(Pesaka) nanti. Kami pun terus bersemangat dan ingin menunjukkan kehebatan serta
tahan lasak kami kepada mereka nanti. Walaupun cuaca panas kami teruskan juga
perjalanan itu.
Di sekitar berhadapanan dengan
simpang masuk ke tempat perkuburan orang-orang Islam Bukit Panggal kami pun
bertemu dengan peserta Ekspedisi Berbasikal Pesaka. Kami berasa bangga kerana
dapat menunjukkan kehebatan kami kepada mereka. Azim ada memberitahu kami
bahawa bulu roma beliau ketika itu berkibar-kibar menujukkan kehebatan. Betul
juga kata dia. Kami seperti lebih bersemangat. Antara faktor lain juga yang membuat
kami bersemangat adalah akibat pandang rendah AJK Ekspedisi Berbasikal terhadap
aktiviti kami sebelum ini.
Setelah pasukan Ekspedisi hilang
dari pandangan kira-kira 1KM dari jarak mereka, kami semua pun terus bergegas
mencari tempat rehat. Di sini Za’im pun dirawat oleh Syabirin dan selebihnya
bersembang sambil berlawak menghilangkan rasa letih sementara itu Miadi
mengambil kesempatan untuk tidur seketika. Pada pukul 1315 kami pun bertolak
untuk menuju kesasaran(tasek biru). Banyak pehentian kira-kira 5 minit telah
dilakukan hingga kami sampai ke setesen menara eletrik kira-kira pukul 1335
untuk berehat panjang. Salah seorang Polis telah keluar lalu bertanya adakah
kami boleh sampai ke pos Polis Tasek Biru,kami sebulat kata mengatakan bahawa
kami pasti sampai sebelum pukul 1600.
Kami pun bertolak semula pukul 1400
dan sampai ke ‘ruang perhentian kereta lebuh raya’ untuk berehat seketika. Kami
bertolak semula hingga kejambatan Sg Bandung dan Azlan pun memulakan langkah
besar tanpa diketahui dari mana dia mendapat tenaga sekuat itu. Apabila bahang
terasa tentang Pos Polis kawalan lebuh raya semakin hampir Azlan mempercepatkan
lagi langkahnya jauh dihadapan dan Amizul, Wafiy, Syabirin dan Za’im turut
belari tanpa menghiraukan kesakitan kaki tetapi tidak dapat menghampiri Azlan
yang berada jauh dihadapan. Mereka berempat meninggalkan Chua, Azim, Thariman,
Shahlan, Miadi dan Rafi jauh dibelakang.
Pada pukul 1530 semua peserta tiba
di Kawalan Pos Polis Lebuhraya Muara-Tutong dan terus meletakkan beg dan berehat,
memasak, mandi dantidur. Kami menggunakan tandas dan air Pos Polis disana. Chua
tanpa segan silu memberanikan diri untuk masuk ke pos tersebut tanpa berbaju
untuk mencas telefon bimbitnya. Disebalik itu Thariman,Wafiy dan Syabirin sudah
pun turun ketasek biru untuk mandi disana. Chua yang ditemani oleh Miadi
mencari tempat untuk tembus kesana melalui jalan lama yang semak untuk mencari
mereka bertiga, setelah mencari selama 10 minit barulah Chua menemui mereka
yang sedang mandi bersama sekeluarga orang awam dan Miadi pun terus balik
semula setelah Chua menyertai mereka mandi. Setelah 10 minit mandi ditasek biru
mereka berempat keluar ke lebuhraya tanpa segan silu,disamping itu Wafiy
ternampak kura-kura dalam longkang berdekatan.
Seorang perserta aktiviti berbasikal
tadi (Azim Ahanafi) datang menyertai sebagai pengganti Julaihi dan terus
melapor kepada pengerusi dan pihak Polis. Pihak Polis disana memberi sokongan
kepada kami yang melakukan aktiviti yang begitu mencabar belum dilakukan oleh
sesiapa. Dipendekkan cerita kami mula mengemas barang-barang dan bergambar dihadapan Pos Polis
seterusnya membaca doa selamat yang diketuai Azim. Kami mula bertolak pukul
2000 dan diiringi oleh 3 buah motorsikal dan sebuah kereta polis, setelah
beberapa minit kemudian hujan mula turun. Kami berhenti untuk memasang baju
hujan dan tidak sampai 10 minit hujan pun berhenti. Pada pukul 2100 kami pun
berhenti berehat diatas permintaan Rafi setelah berjalan selama 5 kilometer.
10 minit kemudian kami bertolak
semula hingga ketempat simpang Taman Permainan Jerudong pukul 2200. Kami
mengambil sedikit makanan ringan untuk mengalas perut dan minum air. Setelah
setengah jam berehat kami memulakan semula perjalanan dengan perlahan
disebabkan keletihan dan hujan turun yang tidak menentu. Akhirnya kami pun
sampai di Bukit Shahbandar dan terus makan nasi katok dibeli oleh Amin
dikawasan letak kereta. Setelah itu hujan mula turun kami bergegas ke gerai
untuk berteduh. Disamping itu semua perserta mencari tempat untuk tidur
Shahlan, Thariman, Miadi, Rafi tidur dibawah pondok gerai. Chua memasang khemah
pasang siap yang dimilikinya lalu mempelawa Za’im yang tertidur yang terkena
hujan untuk berkongsi khemah. Azim dan Azlan memilih tempat tidur depan tandas
Awam dan selebihnya mencuri masuk kedalam bilik generator untuk berteduh dan
tidur. Sementara semua perserta sibuk mencari tempat tidur ada orang kampung
Keriam datang memerhati dan mengambil berat akan kami.
Hari :
Selasa Lokasi : Bukit Shahbandar
Tarikh : 16 Disember 2008 Destinasi : Muara/Pantai Meragang
(Jarak
Perjalanan: 29KM)
Seawal sekitar jam 0500, 3 orang
peserta (Shahlan, Thariman, Miadi, Rafi) terpaksa berpindah awal daripada
tempat tidur mereka, kerana ianya tempat orang berjaja dan menyambung semula
tidur mereka di bilik generator (Hq)
walaupun deruan enjin generator kuat, disebabkan letih segala bunyi-bunyian
lenyap. jam 0700 semua peserta mula terbangun disebabkan bunyi kereta yang lalu
lintas di lebuhraya, cuaca pada pagi itu terang dan berangin semua ahli ekspedisi
seterusnya menjemur segala barang-barang basah akibat hujan lebat pada
semalamnya.
Sekitar jam 0800 sebilangan peserta
telah pun mandi dan mencuci pakaian, kemudian jam 0900 para peserta mula
memasak-masak mengurangi barang beg menggunakan tambak gas dan ada juga yang
menggunakan ‘cookers’ ada juga yang membeli di gerai shahbandar untuk mengisi
perut dan persediaan untuk menyambung perjalanan nanti.
Pengerusi ekspedisi memaklumkan,
mengikut keadaan cuaca yang panas dan jalan lebuhraya sibuk, perjalanan akan
bermula sekitar sebelum azan asar, ini juga disebabkan dengan alasan bahwasanya
kami telah pun mengharungi perjalanan berpanas kelmarin (perjalanan lebuhraya
tutong dan penanjong menuju ke tasik biru)
jadinya kami mempunyai banyak masa untuk berehat dan mengeringkan semua
barang.
Semasa pagi ini kami telah dilawat
oleh 3 orang penduduk kampong iaitu Syukri, Amir dan Azim Jamil menolong
mengangkut barangan yang tidak perlu semasa perjalanan, didalam waktu rehat ini
para peserta ada yang solat, menyambung tidur, menjemur, mengemas, membersih
kawasan dan yang paling menarik sekali pengerusi sendiri berteriak-teriak bukan
kerana kegembiraan tetapi oleh kerana dirawat blisternya oleh syukri iaitu sesi
pengeluaran ‘air hot spring blister’ ßkwang kwang kwang
Jam 1057 anggota polis yang bertugas
sudahpun bersedia tiba dikawasan Shahbandar dengan menggunakan sebuah kereta
dan 3 motorsikal. Dua orang jawatankuasa iaitu Amizul dan Azim memaklumkan
kepada pihak polis bahwa ekspedisi akan bermula pada pukul 3 petang.
Sekitar jam 1415 petang para peserta
selesai membuat aktiviti masing-masing mula mengemas, mengisi air botol
memasukkan dalam beg untuk bekalan perjalanan dan ada juga dalam kereta syukri.
kami memastikan kawasan perkhemahan,
tempat tidur tidak berjurit dan bersih seperti kedatangan pertama kami disini,
setelah segalanya sempurna kamipun berkumpul untuk bergambar ramai digambar
oleh seorang anggota polis, seterusnya membaca doa selamat.
Tepat jam 1501 kami pun mula
bertolak dengan memulakan perjalanan menaiki bukit dan menuruninya untuk keluar
kelebuhraya, bersyukur jua kerana segala berat beban kami berkurang tambahan
dibantu oleh syukri, kami melalui jalan ini disebabkan lebuhraya masih sibuk
dan susah untuk menyeberang.
Kamipun keluar kelebuhraya dengan
barisan askar dari arah yang bertentangan kereta sehingga tiba menuruni jalan
menuju Empire hotel, kami semua berhenti kerana seorang ahli ekspedisi Syabirin
kasutnya mengalami blister,eh salah kasutnya telakap tapaknya, mujurlah ada
selipar, berhenti selama 3 minit kamipun menyambung semula merentas rumput
‘shortcut’ tetapi shahlan inda dapat kerana begnya main betarik.
Sekali lagi kami berhenti dikawasan
naik lebuhraya kerana syabirin ingin menukar kasut, dengan pertolongan syukri,
selepas itu kami menyambung perjalanan dengan diiringi polis dan sebuah kereta
Nissan biru (kepunyaan syukri) sebagai ‘feeder’ air sejuk botol sehat kecil.
Dalam perjalanan ini kami terlengah
sedikit oleh pihak polis kerana tidak mengiringi kami untuk melintasi ‘jalan
simpang ke rimba’. Hon kereta, wisel dibunyikan namun polis seorangpun tiada
yang mendengarnya, menanti selama 5minit lebih, barulah ada 2 anggota bermotor
mengawal jalan dan memberi arahan kami untuk melintas.
Perjalanan diteruskan dengan
slow&steady bersusun dua baris, kami disokong oleh kereta yang lalu lalang
di lebuhraya, setelah berjalan kira-kira sepanjang 3-4 KM kamipun berehat 15 minit
ditepi lebuhraya diluar besi penghadang, disini kami terlihat pemandangan jalan
pasir (dalam rancangan perjalanan asal) yang terus menuju ke destinasi iaitu
Hutan Simpan Berakas. 15 minit berlalu kamipun menyambung semula perjalanan
terus-menerus menuju hutan simpan.
Semasa perjalanan ini, kami terjumpa
dengan Muhd Hafiz yang mana dia adalah Plan B kami. Tepat jam 1740 petang kami
pun tiba dikawasan luar Hutan simpan berakas. Disini kami berehat dan
melempiaskan kegembiraan tanpa disangka-sangka perjalanan selama 3 hari kami
sudah pun mencecah hingga hutan simpan, kami bergambar di mercu tanda hutan
simpan berakas sebanyak-banyaknya.
Setelah puas bergambar kamipun masuk
kedalam hutan simpan untuk berehat dan ada juga yang sempat mandi pantai,
suasana petang yang berangin sesuai untuk pengrehatan tiba-tiba mata kami semua
tertumpu kepada suatu ‘objek’ yang aneh dan jarang berlaku di Brunei, lagi
‘mengembangkan bulu-bulu’ ßonly us&yang diatas saja tau okeh!!
Jam 1830 haripun mulai gelap kami
pun mengambil barang-barang keperluan untuk berjalan kemudian menaikkan barang
ke kereta Md Hafiz untuk dihantar ke tempat perhentian seterusnya, kami mula
menyusur jalan pantai menuju pantai meragang, menurut makluman polis air pantai
akan pasang dimalam hari, tapi kami redah je!! Syukur alhamdulilah 2218 kami
selamat sampai dipantai meragang, Perjalanan selama 4 jam sungguh menyeramkan
dan meletihkan kami bergelimpangan di kawasan lapang pantai meragang. Setiba
disana kami terus menghubungi pihak polis untuk memaklumkan kami sudah tiba
dipantai meragang dan jam bertolak kami menuju masjid serasa. Kami sangat
beruntung kami dilawat oleh Amir Emashukry, Md Amin, Ican, Amit, Adin, Daus,
Hafiz, Rina, Achiy. Kami juga dibelikan oleh penduduk kampong keriam iaitu
Ican, Amit dan adin nasi katok dan rina barang first aid.
Mengikut makluman pengerusi
ekspedisi sambungan perjalanan hendaklah sebelum 2300, jadi kami hanyalah
mempunyai beberapa minit untuk berehat makan dan melelapkan diri, beberapa
minit berlalu kami pun menyambung semula perjalanan walaupun rehat hanya
sedikit tapi jelas di muka semua peserta gembira dan berpuas hati. Kami
berjalan sambil berlagu-lagu.
Sepanjang perjalanan kami menuju ke
masjid serasa dengan diiringi 2 anggota polis motor dan amir, tiada seorang pun
yang letih dan mengeluh kerana kami sudah tahu perjalanan yang hendak dijalani
hanyalah beberapa KM sahaja semol da
pieces man... dalam perjalanan ini kami disokong sekumpulan anjing, dan
anjing-anjing terkunci salakannya apabila polis pengiring kami meraumkan
motornya kira sebagai pembalas salakan anjingla esen-esen. Hanya mengambil masa 20-30 minit sahaja kami sudah pun
tiba diperkarangan masjid serasa.
Tetapi alangkah malangnya setiba di
kawasan masjid serasa, ianya berkunci keseluruhannya langsung inda dapat
dimasuki, polis pengiring dan Amir tetap menjaga kami. Kami berasa amat
bersyukur dengan polis dan belia seperti ini, kerana mereka tidak mudah lepas amanah
serta tanggungjawab dan ini adalah contoh yang terbaik untuk polis Tutong dan
kami mengikutinya.
Zaim, Azim, Syabirin, Amir bersama
dua orang anggota polis mesyuarat tergempar mengenai tempat bermalam untuk
kami. Jika dipost mortemkan ianya
memang kesalahan kami tidak memaklumkan awal pada pihak masjid, kerana kawasan
masjid pihak polis tiada kuasa untuk memberi keizinan bermalam. Fikir punya
fikir, polis pengiring ini memberi cadangan pada kami untuk membawa surat
kebenaran ketua kampong keriam dan berjumpa terus dengan anggota yang bertugas
dibalai polis serasa. Kami pun kesana menggunakan kereta Amir, sampai saja
disana kami disambut oleh beberapa anggota yang bertugas dan Za’im menerangkan
tujuan kami berjumpa iaitu meminta izin dan pendapat tempat tidur untuk kami
seterusnya memperlihatkan surat keizinan
letterhead majlis mesyuarat
kampong yang koyak rabak akibat wap air dan dibelakang surat berlukis-lukis
gambar hantu oleh Tan Miadi.
Oleh kerana keadaan surat begitu
pihak polis disana ragu akan kesahihannya, tetapi setelah diterangkan mengenai
perjalanan yang kami harungi sebilangan dari mereka faham dan ada juga yang sebaliknya. Timbul
masalah kedua, balai polis serasa tiada menerima sebarang makluman tentang
projek ekspedisi ini, kami menyangka semua balai-balai polis telah maklum akan
ekspedisi ini, kami confident kerana
mengikut makluman salah seorang pegawai polis ibu pejabat gadong, ekspedisi ini
telah pun disahkan dan dimesyuaratkan.
Mereka pun mulai memproses dengan
menelefon pegawai-pegawai tertentu untuk bertanyakan tempat dan pengesahan
projek kami ini sah, tapi oleh kerana jam sudah lewat kira-kira jam 0000
langsung tiada respon daripada pegawai mereka.
Setelah itu datang lagi 2 oang C.I.D
bertanyakan soalan yang sama dengan yang diatas dan yang menyakitkan hati
sekali ialah apabila ia bertanya
‘apa objektif kamu membuat ekspedisi anekan’
Jawapan daripada Azim: untuk mengisi masa lapang
Mendekatkan lagi tali silatturahin
(semasa ianya mendengar inilah air
mukanya terus berubah dan ‘senyum jahat)
Sejurus itu jawapan disambut lagi
oleh syabirin: mencuba sesuatu yang
belum pernah orang cuba
C.I.D itu pun terus berlalu,
membuang kes
(kami puas hati dengan jawapan
syabirin)
Telefon sana sini, polis pun makin
ramai yang bertanya akhirnya syabirin sendiri yang membuat keputusan dan terus
mencadangkan kepada pihak polis supaya memberi kebenaran kami tidur di pantai
muara tanpa banyak bicara hanya list nama lengkap 14 orang diminta, kami pun
diberi keizinan.
Tanpa melengahkan masa yang sudah
lengah kami terus menuju ketempat perhentian kami tadi, tiba disana polis
pengiring masih menjalankan tugas sementara itu kebanyakan peserta sudah
mengampai berkuruh rasa kesian tetap ada tapi keadaan memaksa dan memaklumkan
pada semua peserta kita terpaksa berjalan sejauh 2KM untuk sampai di pantai
muara, setelah selesai membuat list nama
lengkap kami semua terus sahaja berjalan dengan perasaan yang bercampur
baur, marah, letih, kalat mata, lapar dan lain-lain. Sampai diperkarangan balai
polis serasa, Azim terus menurunkan beg dan memberi listnama yang diminta oleh
polis berkenaan, sementara itu polis pengiring kami berhenti dibalai berkenaan
dan bertelefon. Kami semua terus saja berjalan diringi oleh Amir dan stick
together sepanjang perjalanan sejauh 1KM tetapi selepas itu kumpulan 14 orang
mulai terpecah kerana belumba-lumba (berlari/jogging) apabila hujan mulai turun
berperingkat-peringkat. Semasa dalam perjalanan ke pantai Muara kami belum lagi
basah kuyup dan yang paling malang sekali Za’im walaupun kaki beliau blister
namun beliau masih mampu untuk berlari dan berjalan tanpa pertolongan tambahan
lagi balutan kakinya terlepas.
Selama lebih kurang 40 minit kami pun
tiba dipersimpangan menuju pantai Muara, malangnya kami termasuk simpang yang
salah terpaksa back to square one walaupun tidak jauh untuk berpusing balik
tetapi ianya membuang masa dan tenaga. Setelah melintas sebuah rumah sahaja
kami pun berjumpa dengan simpang menuju ke pantai muara, disinilah kami terkena
hujan lebat selebatnya, dibantu oleh polis pengiring tadi untuk menguruskan
dengan penjaga taman perkelahan mengenai tempat tidur kami, kami diizinkan dan
diarahkan untuk menggunakan celle berhampiran sahaja. Ada 3 buah celle yang
digunakan
Celle
pantai muara:
A. Azim, azim, Wafi, Azlan, Amizul,
Hariz, Syabirin
B. Za’im, hafiz dan chua
C. Tan miadi, thariman, shahlan, rafi
Sebelum kami berehat-rehat, kami
memunggah keluar barang-barang dari kereta Amir untuk kegunaan kami pada malam
dan pagi esoknya. Setelah segalanya selesai semua, kira-kira jam +-0200 peserta
pun mengemas dan membersihkan tempat seterusnya tidur tetapi Azim.H, Azim.R dan
Azlan mencari tandas untuk mandi, menyasah dan membuang hajat, Azim H dan Azlan
pergi ke tandas awam jauh dari pondok kami, sesudah sampai disana malang nasib
mereka kerana tandas itu kurang selesa, sangat kotor dan jijik sementara Azim R
terus saja mandi/menyasah diruang permandian berhampiran pondok. Yang paling
awal mengampai ialah Pengerusi. Mengikut perancangan awal kami dijangka akan
dapat berehat sekitar jam 2200 malam dan bertolak besoknya seawal 0700 kerana
RTB ingin membuat rakaman video semasa ekspedisi berjalan.
Hari :
Rabu Lokasi : Pantai Muara
Tarikh : 17 Disember 2008 Destinasi : Pantai Serasa
(Jarak
Perjalanan: 6KM)
Pagi jam 09.12 semua peserta bangun dan mula
untuk bersarapan, membuat aktiviti seperti kebiasaan bangun pagi, menyasah,
menjemur, mandi pantai. Sekitar jam 10-11 amir datang untuk melawat seterusnya
bertanya tentang respon daripada RTB. Tetapi haris sudah pun dihantar SMS
bahwasanya pihak RTB tidak dapat untuk membuat liputan aktiviti ekspedisi ini,
kerana mereka sibuk. Tidak lama daripada makluman itu, Azim.R di SMS oleh
bapanya, menyuruh dan memberi sumbangan idea kepada pengerusi untuk membuat
persediaan temuramah radio.
Syukur alhamdulilah, sekitar
tengahari ada uncle pengiran datang iaitu salah seorang crew rancangan radio
nasional berminat untuk merakam suara dan memasukkan dalam rancangan beliau
sesi temuramah kepada pengerusi, beliau mengetahui aktiviti kami ini melalui
Abd Rani bin Hj Md Jaya. Dalam masa 35-40 minit beliau pun habis menemuramah
kemudian pulang.
Selepas itu pengerusi pun
memaklumkan kepada semua ahli ekspedisi, ekspedisi akan bersambung pada jam
1500 memandangkan semua ahli masih lagi belum puas berehat, kaki beliau belum
berawat,udara pantai yang nyaman, perjalanan kurang daripada 5KM, cuaca panas
(berguna untuk menjemur) dan tiada yang diingaukan kerana dalam kertas kerja
ekspedisi berjalan kaki ini kami dikira tiba dipekarangan complex serasa dan
majlis berakhir pada 18hb.
Maksud ayat:
kami dapat mendatangi muara a.K.a ujung brunei
dalam masa 4hari3 malam sahaja
1400 peserta masih membuat akiviti
sendiri syabirin tidur dikerusi awam, thariman, miadi, shahlan mengurat, mereka
juga bersama rafi, hafiz memanjat pokok kelapa, amizul,wafi, azlan duduk-duduk
di celle, Azim membuang hajat dihutan, haris menahan sakit perut, zaim merawat
luka, hafiz dan chua menolong Za’im, ketika masih dalam sesi perawatan rafi
telah tertetak kakinya menggunakan pisau Rambo kepunyaan Zaim kerana kecuaian
sendiri, maka diapun terus dirawat oleh Za’im.
1500 keluarga syabirin dan shahlan
(sponsor plastik sampah) datang dikawasan perkhemahan untuk memghantar kereta syabirin
(untuk kegunaan datang temuduga kerja pagi 18hb) dan melihat-lihat keadaan
kami. Semua peserta mula mengemas dan memasukkan barang kedalam beg dan ada
juga kedalam kereta kepunyaan syabirin. Setelah keadaan celle dan kawasannya
bersih, kami semua berkumpul di papan
tanda pantai Muara untuk membaca doa selamat dan tepat jam 1618 kami pun mula
bertolak menuju destinasi teakhir iaitu komplex sukan pantai serasa.
Semasa perjalanan ini kami ada
terserempak dengan 3 orang askar sedang jogging dan berkata pada kami:
‘Masuk askar tah wang..’ , syabirin membalas ‘ awu on da way tah ne’
Selang beberapa minit pihak polis
pun tiba, hanya dua buah motor yang digunakan untuk mengiringi kami.
Dalam perjalanan ini kami hanya
membuat perhentian sekali sahaja iaitu di kedai runcit simpang serasa,hanya
untuk membuang air dan membeli barang makanan seperti air minuman, keropok,
choki-choki untuk menyambut kedatangan kami di serasa, disini juga kami memberi
dua botol air 100+ kepada pihak polis. 10 minit berlalu kami pun menyambung
semula perjalanan yang kira-kira hanya 3KM.
Didalam perjalanan ini, amizul beuri
kerana dia memberi alasan kepada bosnya yang dia mengambil cuti untuk melancong
ke singapura bersama keluarga, yang membuatnya dia beuri kami akan melintas
kawasan tempat kerjanya.
Sejam berlalu kami pun sudah masuk
kawasan kampong serasa, ahli-ahli ekspedisi semuanya gembira sehinggakan
menyanyi-nyanyi sewaktu berjalan iaitu lagu atriotik ‘Inilah barisan kita’ dan satu lagu lawak yang dicipta oleh Azlan:
Azlan ‘Mambo..ooo’
Ahli semua: mambo..ooo
Azlan ‘eiy mama minta duit’
Ahli semua eiy
mama minta
Azlan ‘leybo leybo, leybo leybo’
Ahli semua ketawa…..
Sebelum sampai diperkarangan simpang
ke pantai serasa, kami dilintasi oleh seorang anak dara berjogging..sekali lagi
kami dikejutkan dengan satu benda aneh ß(kita dan diatas sahaja yang tahu), namun kami
tidak memedulikannya kerana tiba di pantai serasa lebih bermakna buat kami
semua.
Jam 1737 kami pun sudah memasuki
simpang pantai serasa, sebelum tiba dikomplex polis pengiring kami pun
mengundur diri dan mengucapkan tahniah kepada kami semua, kami amat berterima
kasih atas jasa mereka berdua memang tidak akan kami lupakan.
PC
4552 safridin bin
Mohamed
PC
4644 chenling al
Tepat jam 1800 kami pun tiba
ditangga komplex, semua berasa tersangat-sangat-sangat berpuas hati, gembira,
merenung semua nasib yang kami tempuhi selama lima hari berjalan dan bermalam.
Kenangan ini adalah sangat berharga buat kami, semua objektif ekspedisi
tercapai dan segala impian terpendam pengerusi sekarang ianya sudah tertunai.
Tahniah untuk semua!! Berjarih…bekarih..belurih…
No comments:
Post a Comment