Kegiatan Merintis bagi
Persatuan Pengakap Kampong Keriam (Remaja)
April 2012
Berkumpul di awal pagi
Taklimat ringkas sebelum bermulanya aktiviti
Anie dan Atul sibuk mencatit tanda-tanda yang ada di checkpoint
Sesi bergambar ramai di antara para peserta dan AJK
Tempat bermula
Taklimat ringkas dari Awg Azim Runni
Hafiz mencari checkpint di kawasan buluh
Amin Damit dengan wajah yang manja
Peta kawasan untuk aktiviti merintis
Seramai 13 org belia dari Persatuan Pengakap Kampong Keriam (Troop
2004), dan Belia kampong Keriam telah mengikuti Kegiatan Merintis yang
dianjurkan oleh Persatuan Pengakap Kampong keriam dengan kerjasama Adventure
Youth Club Kampong Keriam. ini telah diadakan di Hutan Penabang, Pangkalan
Anjong Kampong Keriam. Objektif utama kegiatan merintis ini adalah untuk
melengkapi salah satu Skim Latihan Pengakap Remaja bagi para peserta khususnya
ahli-ahli Pengakap.
Menurut ketua Penyelaras Aktiviti kegiatan merintis ini Awg Muhd
Azim @ Runni bin Abd Rani menekankan tujuan aktiviti ini adalah untuk menguji
keupayaan diri sendiri baik dari aspek fizikial dan mental, malah ianya juga
untuk mengajar peserta untuk lebih bertanggungjawab pada diri sendiri terhadap
amanah yang telah diberi kepada mereka. Keupayaan mereka di dalam aktiviti
membaca peta secara praktikal juga diuji sama ada mereka benar-benar memahami
apa yang telah dipelajari selama ini iaitu membaca peta secara teori.
Antara lain tujuan aktiviti ini juga adalah untuk mengisi masa
lapang dihujung minggu bagi para peserta agar lebih bergiat aktif di dalam
aktiviti-aktiviti fizikal yang dianjurkan oleh persatuan dan juga kelab. Menurut ketua Penyelaras
Aktiviti ini lagi bahawa kedua-dua pihak iaitu Persatuan Pengakap Kampong
Keriam 2004 dan Adventure Youth Club akan lebih berkerjasama dan terus bergiat
aktif di dalam mengendalikan aktiviti-aktiviti fizikal di masa-masa akan
datang.
No comments:
Post a Comment