Tuesday, 8 January 2013

Mari kita 'Commando'...shhhh

Perkhemahan di Tasek Jerudong
Disember 2011



Suasana di tapak perkhemahan Tasek Jerudong

Saya dan Rabiatul berlatarbelakangkan tasek

Saya hampir terlupa dengan perkhemahan ini. Kami di sini selama 5 hari 4 malam anatara aktiviti yang dilakukan oleh kami selain daripada berkhemah, kami bermain 'boat' ala-ala commando di waktu malam dan secara tidak senghaja telah memasuki kawasan 'larangan'. Cerita mengenai perkara tersebut di antara kami sahaja yang tahu kerana jika disebarkan di sini ditakuti akan menimbulkan syak wasangka...eteeen~~  Agak seram juga pada waktu malam tersebut. Terdapat sebuah bangunan istana yang belum siap pembinaanya yang juga terletak di seberang tasek Jerudong ini. Pada waktu malam istana tersebut dilihat seperti tempat-tempat kebiasaan filem-filem seram dilakonkan. Namun kami yang bermodalkan boat plastik jenama 'Sevylor' pada waktu malam dengan beraninya cuba menghampiri kawasan tersebut jikalau ada kelibat yang tidak sedap dipandang dapat dilihat. Cuma ada kelibat bunyi yang aneh sahaja kedengaran. Kambang juga bulu olehnya. Namun setelah beberapa jam "menunggu' tidak juga benda itu timbul, (*bukan nak sombong), sebab ada orang-orang yang selalu memancing kawasan tasek ini menasihati kami agar tidak menghampiri kawasan istana tersebut, namun biasalah budak kampong seperti kami ini degil sedikit mahukan cabaran lain, kami diam-diam ceroboh kawasan tersebut pada waktu malm itu. 

Selain daripada aktiviti boat ini juga, kami juga membuat aktiviti seperti memancing termasuk 'casting', mengandang, dan membuat unggun api. Insya Allah jika ada masa nanti peluang nanti, kami akan pergi ke sini lagi dengan kelengkapan khemah yang lengkap agar kami dapat menempuhi elemen-elemen yang berkaitan dengan kawasan tersebut seperti cuaca, dataran tanah, serengga, binatang-binatang bisa, dsb.

No comments:

Post a Comment

Powered By Blogger