Sunday, 14 April 2013

Pertandingan Kawad Remaja 2013 PPKK 2004 dan AYC

Pertandingan Kawad Remaja Anjuran 
Persatuan Pengakap Kampong Keriam 
2004 dengan Kerjasama 
Adventure Youth Club
5 April 2013

Acara barisan masuk lalu

Banner pertandingan kawad

Para peserta berkumpul

Persembahan dari PKBN

Pencaragam Kadet Tentera

AJK Belia Pesaka yang terlibat

Burung Hantu..pameran reptilia


Lizard? lupa ku namanya

anak buaya juga ada di dalam pameran reptilia

peserta PKBN bergambar ramai dengan Tetamu Kehormat

Banner Kawad

PKBN

Sijil Peserta

AJK yang bertugas di dalam menjayakan pertandingan kawad 2013

Kad Jemputan 

Arib dan Nabil bekerja keras mengambil buluh

Keraja!!!...bukan liat camera

Surat Kebenaran

Baris...Baris sedia !!

the combination of AYC, Scout Keriam 2014, Kelana 2020 and PKBN

Kemas dan berdisiplin

inda panas yooo??

barissssss......uii...apa lagi bcakap atu..

Dari kiri...pat... jalan..



Pagi Jumaat, April 05 2013, Persatuan Pengakap Kampong Keriam (2004) dengan kerjasama Adventure Youth Club Kampong Keriam dan sokongan daripada Pasukan Pengakap Daerah Tutong (2020) telah mengungkayahkan aktiviti Pertandingan Kawad Remaja Tahun 2013  yang bertempat di kawasan lapangan Sekolah Rendah Keriam, Tutong. 

Seramai 80 orang remaja berumur antara 12 hingga 14 tahun daripada empat (4) buah pasukan pelajar-pelajar sekolah dan persatuan telah menyertai pertandingan tersebut. Antara tujuan aktiviti ini diungkayahkan adalah untuk memberi pengalaman dalam membuat pertunjukan perbarisan yang menggambarkan disiplin sebagai seorang individu dan secara berpasukan.  Sebagai persediaan bagi pertandingan ini, peserta-peserta telah berpeluang belajar dari segi memberi dan mematuhi arahan serta mempelajari tatacara dalam perbarisan kawad. 

Antaralain semasa pertandingan ini diungkayahkan, beberapa aktiviti sampingan juga telah dilaksanakan di kawasan sekolah tersebut yang dijalankan oleh ahli-ahli Persatuan Pengakap Kampong Keriam (2004), Adventure Youth Club, dan para remaja dan belia di Kampong Keriam.  Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti perlawanan bola jaring dan bola sepak yang bermula pada jam 9 pagi hingga 11.30 tengahari dan jam 2.30 petang hingga 4 petang, dan mendirikan beberapa buah booth seperti Pameran Bintang Reptilia, Face Painting dan Henna. 

Persatuan Pengakap Kampong Keriam dan Adventure Youth Club ini akan terus mengadakan aktiviti-aktiviti seperti ini di masa-masa akan datang bagi memberikan peluang kepada remaja dan belia di Negara ini mendapatkan pengalaman, meningkatkan disiplin dan keyakinan diri, serta bersikap daya saing agar menjadi salah seorang remaja dan belia yang berpotensi dalam membimbing masyarakat di masa akan datang sepertimana menyokong visi Jabatan Belia dan Sukan; “Belia Kita Masa Depan Kita”.  

 Antara pasukan-pasukan yang terlibat:

1. Pengakap Sekolah Menengah Rimba II
2. Kadet Tentera Sekolah Mahad Islam Brunei
3. Kadet Tentera Sekolah Menengah Muda Hashim
4. Program Khidmat Bakti Negara (PKBN)

No comments:

Post a Comment

Powered By Blogger