Aktiviti Main 'Boat' di sungai Kampong Keriam
2010
Gaya anak-anak kampong
Bau badan penuh dengan bau paya
Ini adalah salah satu aktiviti air yang selalu kami lakukan. Antara aktiviti sampingan yang sering kami buat adalah seperti mandi sungai, buat rakit daripada buluh, memancing dan memukat. Kami tidak hirau dengan lintah dan bau paya. Namun apa yang menjadi kekhuatiran kami adalah kehadiran buaya di tempat yang selalu menjadi taman permainan kami. Insya Allah jika ada peluang, kami akan membuat aktiviti berakit ataupun berkayak merentas di Negara Brunei Darussalam. Tiada yang mustahil untuk memastikan impian itu, cuma kerjasama di antara kami dan semangat untuk melakukannya akan membuatkan impian menjadi realiti.
No comments:
Post a Comment