Pengalaman Abseiling
di Bukit Bujang Pahang, Kampong Menunggol, Pulau Berambang
Peserta membuat aktiviti abseiling
ketinggian tempat
berani untuk melakukan
Wajah ceria para AJK
Antara peserta yang mengikuti aktiviti abseiling
Aktiviti abseiling di Bukit Batu Bujang Pahang di Kampong Menunggol ini telah lama dipraktikkan oleh sebahagian daripada ahli kumpulan kami. Tercetusnya idea untuk melakukan aktiviti abseil ini bermula daripada Awang Azim Runni dan Awg Zulhilmi aka si Tulang. Daripada ilmu yang mereka perolehi semasa menjadi Pengakap Udara telah mempengaruhi perkembangan di kalangan rakan-rakan lain. Antara kejayaan-kejayaan membuat aktiviti ini, adalah kami telah mendapat kepercayaan daripada beberapa buah sekolah menengah di Negara Brunei Darussalam untuk membawa dan mengajar secara teori dan praktikal berkenaan dengan aktiviti abseiling ini. Antara sekolah-sekolah menengah, belia dan institusi tinggi yang pernah terlibat dalam aktiviti ini adalah SM Muda Hashim Tutong, SM Rimba 1 dan 2, SM Seri Mulia Sarjana, Belia Kampong Keriam (PESAKA), dan Mahasiswa/i Universiti Brunei Darussalam. So semuanya ada dalam 200+ orang sudah berjaya dituruni.
Untuk mendapatkan khidmat kami mengenakan bayaran sebanyak BND$4 sahaja untuk setiap peserta. Ini merangkumi bayaran aktiviti, sewa perkakas dan kelengkapan, khidmat dan tambang perahu. Minimum untuk menjalankan aktiviti ini adalah 15 orang, maknanya kalau kurang daripada 15 orang aktiviti ini tidak akan dijalankan. Dan maksimumnya pulah seramai 30-35 orang sahaja kerana dikhuatiri memakan masa yang lama (akibat limitasi di dalam kelengkapan).
No comments:
Post a Comment