Thursday, 13 December 2012

berbakti kepada anak bangsa


Kursus Kepimpinan Remaja 
Sekolah Ugama Lumut
2012


sesi bergambar ramai

Skipper Hj Mohammed memberi tunjuk ajar 
kepada anak-anak sekolah

Anak-anak dengan sijil yang mereka perolehi

Dendaan semasa aktiviti

Salah satu aktviti yang telah dijalankan

Aktiviti 'MAUT' yang sangat menarik

Seramai 26 orang murid darjah enam Sekolah Ugama Lumut, telah mengikuti Kursus Kepimpinan Remaja yang dianjurkan oleh Persatuan Pengakap Kampong keriam dengan kerjasama Adventure Youth Club Kampong Keriam. Kursus ini telah diadakan di Pantai Peranginan Lumut Daerah Belait. Objektif utama Kursus Kepimpinan Remaja ini adalah untuk mencungkil bakat kepimpinan yang ada di dalam diri murid supaya lebih berani untuk memimpin diri sendiri dan orang lain di masa-masa akan datang.

Antara lain tujuan aktiviti ini juga adalah untuk mengisi masa lapang dihujung minggu bagi para peserta agar lebih bergiat aktif di dalam aktiviti-aktiviti fizikal yang dianjurkan oleh persatuan  dan juga kelab. Menurut ketua Penyelaras Aktiviti ini lagi bahawa kedua-dua pihak iaitu Persatuan Pengakap Kampong Keriam 2004 dan Adventure Youth Club akan lebih berkerjasama dan terus bergiat aktif di dalam mengendalikan aktiviti-aktiviti fizikal di masa-masa akan datang.


No comments:

Post a Comment

Powered By Blogger